AUTOMASIKAN PEJABAT ANDA DENGAN PRODUK BIOMETRIK FINGERTEC
Sistem pengenalan biometrik semakin menjadi trend terkini dalam sisten automasi pejabat, namun, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Walaupun secara perlahan-lahan, pihak pengurusan telah mula melihat kelebihan menggunakan sistem biometrik dalam pengurusan pekerja kerana ia mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh insiden seperti "buddy punching".

Selain daripada harga yang kompetitif untuk semua produk cap jari, FingerTec juga telah menjalankan pelbagai usaha untuk memperkenalkan produknya sebagai "DIY", memperbaiki jurang antara teknologi dan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa implementasi secara signifikan. Kamai juga telah berusaha menjadikan FingerTec boleh diimplimentasikan secara global dengan menawarkan bahasa tempatan di dalam perkakasan dan perisian kami. Mari lihat kelebihan memilih produk FingerTec.

Hubungi Kami Sekarang!
Cari Wakil Penjual Berdekatan
 
Panduan Memilih Model
 
Muat Turun Risalah
 
Apa yang anda boleh harapkan apabila membeli terminal FingerTec
Perkakasan Berkualiti Tinggi
Pensijilan FCC dan CE, kawalan kualiti yang ketat,
verifikasi 1:N yang telah dibuktikan keberkesanannya, penetapan masa kedatangan dan akses kontrol asas dan lanjutan – Secara keseluruhannya, produk FingerTec adalah boleh dipercayai dan mesra pengguna, seperti yang telah dibuktikan dengan pelbagai sijil pengawasan kualiti kami. Terminal FingerTec boleh didapati dalam pelbagai bahasa, sama ada di perkakasan dan perisian. Pilih bahasa anda semasa membuat tempahan!
 
Jaminan Produk Global
Apabila anda membeli terminal biometrik FingerTec, anda layak untuk jaminan pengguna selama 36 bulan, bermula dari tarikh pembelian. Ini bermakna, sekiranya ada sebarang bahagian yang dijamin rosak atau tidak berfungsi dengan baik, kami akan baiki atau menukarkan bahagian itu tanpa sebarang soalan lanjut. Mudah dan telus.
JAMINAN PRODUK GLOBAL
 
Emel:
Hubungi support@fingertec.com dan anda akan terima balasan dalam tempoh 12 jam, dijamin.
 
Online Chat:
Skype kami untuk sokongan pantas (GMT +8).
 
TeamViewer
Benarkan kami menganalisis secara terus sebarang kesilapan dan ketidakstabilan produk, dan benarkan kami membaikinya segera.
Perisian Sokongan Intensif
Semua produk kami dilengkapi dengan dengan satu perisian pakej iaitu TCMS V2 - Satu perisian yang terbukti berkesan yang menyediakan fungsi masa kedatangan dan akses kontrol yang komprehensif, menjana 16 laporan berguna, serta boleh diintegrasi mudah dengan perkakasan FingerTec yang digunakan oleh ribuan di seluruh dunia.
 
Going Green DVD
DVD Going Green ini mengandungi semua yang anda perlukan. Sejajar dengan misi baru kami untuk mengurangkan pencemaran yang berkaitan dengan FingerTec, kami kini telah memadatkan perisian, panduan video, panduan mula cepat, panduan pemasangan, dan manual di dalam DVD yang dipanggil Going Green DVD. Kesemua manual ini telah dijilid supaya anda boleh mencetaknya jika diperlukan. Kami juga telah meletakkan beberapa pautan yang berguna seperti pautan ke laman Pengguna dan laman pendaftaran jaminan.
Laman Sokongan Pengguna Akhir
FingerTec mementingkan setiap penggunanya. Oleh itu, kami telah mencipta laman sesawang Sokongan Pengguna. Di laman ini, anda akan menemui pautan yang menyambungkan anda ke laman pendaftaran jaminan, tips teknikal, katalog aksesori, kami dan informasi terkini untuk perisian kami, TCMS V2. Adakah kunci pengaktifan TCMS V2 anda hilang? Sila ke laman sesawang kami untuk mendapatkan kunci yang baru, atau anda boleh meninggalkan komen anda melalui borang maklumbalas.
 
Emel dan Sokongan Atas Talian
Bukan itu sahaja, FingerTec juga mempunyai beberapa borang sokongan dan komunikasi yang boleh anda gunakan
sekiranya anda menghadapi masalah dengan produk kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel kami dan anda akan mendapat balasan dalam masa 24 jam, atau sekiranya anda mempunyai masalah dengan salah satu produk kami, anda boleh emel ke pasukan teknikal kami untuk balasan dalam masa 12 jam, atau anda boleh hubungi juruteknik kami di laman chat atas talian dan berkomunikasi dengan mereka secara terus!
FINGERTEC boleh didapati di lebih 120 buah negara, diinstalasi di dalam 10 ribu laman seluruh dunia dan digunapakai oleh berjuta pengguna setiap masa.