1. Jaminan ini diberikan berkaitan dengan pembelian barangan FingerTec;
2. Jaminan ini hanya sah jika dikemukakan dengan bukti pembelian;
3. Barangan FingerTec dijamin di bawah penggunaan biasa, di atas sebarang kerosakan pengilang untuk tempoh 28bulan daripada tarikh asal pembelian. Jaminan ini tidak termasuk kehilangan atau kerosakan kepada alat diakibatkan salah satu daripada kes-kes berikut:
  • Salah laku atau penyelenggaraan yang tidak sesuai ke atas peralatan, dan kegagalan untuk menurut arahan operasi;
• Kebocoran bateri, pasir, kotor, atau kerosakan disebabkan air/kebasahan;
• Pusuan kuasa elektrik, sambungan kuasa dan/atau komunikasi yang tidak betul, bekalan kuasa yang tidak stabil;
• Penggunaan alat ganti atau perkhidmatan daripada pihak selain daripada ejen yang disahkan.
• Nombor Siri dan/atau pelekat jaminan diubah atau ditanggalkan.
• Pengubahsuaian, pertukaran atau perubahan yang tidak dibenarkan ke atas peralatan.
4. Jaminan ini tidak termasuk sebarang aksesori seperti EM-Lock, bateri, kabel, dsbg.
5. FingerTec tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan peralatan yang mungkin disebabkan oleh pengangkutan;
6. Jaminan ini tidak termasuk bayaran untuk pengangkutan yang terlibat untuk menghantar peralatan kepada pihak kami.