Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Launched Smart Attendance Program TimeTec TA as the Attendance System of the Council

9:00 PM TimeTec 0 Comments


In conjunction with the 21st Shah Alam City Day, Shah Alam City Council launched the Smart Attendance Program TimeTec TA during the council's fourth monthly assembly on 7 October 2021. The launch was officiated by Yang Berbahagia Tuan Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Majlis Bandaraya Shah Alam, at the MBSA Auditorium located in Shah Alam.  

MBSA Smart Attendance Program is powered by TimeTec TA, the renowned cloud-based attendance system available on both web and App, providing the council with a more effective way to manage the workforce during and post-pandemic. The system has been live since 1 October 2021 to cater to all MBSA employees who work from home, those who attend training, visit sites, be involved in operations, and attend events.

TimeTec TA only requires employees to have a smartphone installed with the App, and they need to clock in and clock out via the app when they are on duty. A tap to record any attendance will record the GPS location along with the time stamp, and the data is live at all times for easier reference and management. By having TimeTec TA as a dynamic system, MBSA can attend to their dynamic staff effectively in real-time.
 
The deployment of TimeTec TA as MBSA Smart Attendance System provides the council with a powerful tool to monitor the effectiveness of its enforcement during and post-pandemic, and the data the system provides valuable analytics and insights to the operation of MBSA.

Watch the launch TimeTec TA as MBSA Smart Attendance System below:


------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Melancarkan Program Kehadiran Pintar TimeTec TA sebagai Sistem Kehadiran Kakitangan

Bersempena dengan Hari Bandar Raya Shah Alam yang ke 21, Majlis Bandaraya Shah Alam melancarkan Program Kehadiran Pintar TimeTec TA di Majlis Perhimpunan Bulanan MBSA yang ke empat pada 7 Oktober 2021. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Majlis Bandaraya Shah Alam, di Auditorium MBSA yang bertempat di Shah Alam.

Program Kehadiran Pintar MBSA dikuasakan oleh TimeTec TA, sistem kehadiran terkemuka berasaskan teknologi awan yang tersedia di platform web dan App, menawarkan Majlis dengan cara yang lebih berkesan untuk menguruskan kakitangan ketika dan pasca pandemik. Sistem ini telah diaktifkan semenjak 1 Oktober 2021 untuk kegunaan semua kakitangan MBSA yang bertugas dari rumah, mereka yang menghadiri kursus, melakukan lawatan tapak atau operasi, dan menghadiri program majlis.

TimeTec TA hanya memerlukan kakitangan untuk memuat turun aplikasi TimeTec TA, dan mereka perlu mendaftar masuk dan keluar melalui aplikasi TimeTec TA ketika bertugas. Setiap catatan kehadiran akan merakam lokasi GPS bersama dengan data waktu, dan data tersebut 'live' setiap masa untuk rujukan dan pengurusan yang lebih mudah.
Dengan menggunakan TimeTec TA yang dinamik, MBSA dapat menangani kakitangan dinamik mereka secara berkesan dan dalam masa nyata.

Penggunaan TimeTec TA sebagai Sistem Kehadiran Pintar MBSA menyediakan Majlis dengan alat yang ampuh untuk memantau keberkesanan pelaksanaannya ketika dan pasca-pandemik, dan data yang ditawarkan sistem ini memberikan analitik dan penilaian yang berharga terhadap operasi MBSA.

Tonton pelancaran TimeTec TA sebagai Sistem Kehadiran Pintar MBSA di pautan di bawah: 

0 comments: